Semalam aku dan keluarga keluar makan malam di salah sebuah restoran yang terletak di Pekan Kuala Perlis. Jadi, aku mendapat idea untuk berkongsi maklumat berkenaan restoran tersebut bersama anda, dan mungkin juga ini akan menjadi sebuah siri entri untuk blog ini untuk restoran, mahupun warung dan stall burger yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi bersama anda.
![]() |
| Pintu utama Samudera Curry House (foto dari Facebook Samudera Curry House) |
Jadi, pada hari ini aku akan berkongsi bersama anda tentang Samudera Curry House.
Berlokasi di tengah-tengah Pekan Kuala Perlis, di simpang empat berlampu isyarat merupakan satu kelebihan kepada restoran Samudera Curry House, ditambah pula kedudukannya yang berada di persisiran Sungai Kuala Perlis, menambahkan lagi karisma kepada restoran yang juga membawakan konsep ala bistro. Samudera Curry House juga berada berhampiran dengan Kompleks Kastam di Raja Malaysia, dan toko-toko serta kedai-kedai yang berada di sekitar Pekan Kuala Perlis.
Pada awalnya, bangunan Samudera Curry House ini merupakan bangunan arkib niaga bagi barang-barang kering dan produk-produk lain bagi kawasa Kuala Perlis, namun akibat kemerosotan ekonomi arkib niaga tersebut telah ditutup dan bangunan ini diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri Perlis. Ia juga pernah menjadi jeti sementara untuk operasi feri ke Pulau Langkawi.
![]() |
| Kari Kepala Ikan Kalat (foto dari Facebook Samudera Curry House) |
Merujuk kepada namanya sahaja, kita sudah maklum bahawa Samudera Curry House semestinya mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam menu yang berkonsepkan makanan berkari. Seperti semalam, aku telah memesan Kari Kepala Ikan yang mengancam dan sedap. Selain dari Kari Kepala Ikan yang menjadi simbol utama kepada Samudera Curry House, menu-menu lain yang tidak kurang lazatnya juga disediakan, seperti, Kari Ikan Keli, Keli Masak Cabai, Sweet Sour Fillet, Kailan Ikan Masin, Keli Goreng Bawang, dan bermacam-macam lagi, termasuk ulam-ulaman. Ada juga menu yang disediakan dalam bentuk pakej demi kemudahan pelanggan. Harga juga amat berpatutan. Menarik bukan?
| Menu pilihan yang disediakan dalam bentuk pakej |
Selain makanan berkonsepkan makanan Melayu, Samudera Curry House Juga mempelbagaikan menu untuk kepuasan pelanggan yang menginginkan kelainan. Mereka juga menyediakan makanan berkonsepkan ala Barat dan semestinya makanan ala Thai juga tidak terkecuali. Mereka juga menjanjikan kelainan dalam menu-menu mereka berbanding restoran-restoran lain, satu jaminan yang memberi harapan, harap-harap ia tidak mengecewakan. Kerana semalam aku hanya memesan sebahagian kecil dari menu mereka.
![]() |
| Suasana eksklusif ala open air Bistro (foto dari Facebook Samudera Curry House) |
Tapi secara keseluruhan aku berpuashati dengan hospitaliti yang disediakan di situ, namun aku sedikit kecewa dengan tahap kebersihan di salah satu partition, C2, yang agak kotor dan ada najis burung di situ, pihak Samudera Curry House harus segera ambil tindakan, sebelum mereka kehilangan pelanggan.
![]() |
| Peta lokasi Samudera Curry House |
Jika anda ingin menikmati makanan yang enak serta layanan serta keselesaan yang baik, anda boleh berkunjung ke Samudera Curry House.
SAMUDERA CURRY HOUSE
Tapak KONKOS Kuala Perlis,
02000, Kuala Perlis,
Perlis.
HAIRY ANUAR BIN ABU
Pengurus Pemasaran
+60125885735
+6049851486
+6049853695
+6049851708 (faksimili)
Email: samudera71@gmail.com
Facebook: Samudera Curry House
Tapak KONKOS Kuala Perlis,
02000, Kuala Perlis,
Perlis.
HAIRY ANUAR BIN ABU
Pengurus Pemasaran
+60125885735
+6049851486
+6049853695
+6049851708 (faksimili)
Email: samudera71@gmail.com
Facebook: Samudera Curry House
Kredit: Facebook Samudera Curry House
Edible, adj.: Good to eat, and wholesome to digest, as a worm to a toad, a toad to a snake, a snake to a pig, a pig to a man, and a man to a worm.
- Ambrose Bierce -



